pengomplot

Selasa, Julai 06, 2010

Gajah dan habuk

Jangan pandang rendah pada habuk. Korang pernah tengok filem ini tak?

Isnin, Julai 05, 2010

Tahu tak?

Aku dah ada hobi baru - Mengumpul habuk.

Khamis, Disember 24, 2009

Filem Hari Ini


Ada sesiapa nak tengok filem ni dengan aku?

Jumaat, Disember 11, 2009

Dah Keluar Dah

Cakap banyak tak guna. Sila dapatkannya di pasaran sebelum kamu frust lalu mengigit siku diri sendiri. Tinggal beberapa keping je lagi.

Rabu, Oktober 14, 2009

Obses?

Sejak aku beli benda ni, senang sikit aku nak periksa tekanan darah. Tak payah buang masa tunggu lama kat klinik atau hospital. Pulak tu aku ni jakun sikit, semua benda aku nak periksa tekanan darah. Kucing, pokok misai kucing, lipas, tudung saji dan bla bla bla. Alhamdulillah, tahap tekanan darah mereka dan tuan mereka normal. Darah tinggi yang kronik ni boleh menyebabkan serangan sakit jantung, strok dan... kamu google lah sendiri. Apa pun, kesihatan dan duit sama penting.

Isnin, Oktober 05, 2009

Hari itu dalam raya




Anak-anak memang gembira bila tiba raya. Kita dulu masa kecik macam tu lah. Bagaimana dengan raya kamu tahun ni?

Khamis, September 17, 2009

Salam Aidilfitri kepada semua yang merayakannya. Maaf zahir dan batin.Semoga selamat di hari raya ini.


- Nak duit raya kena nyanyi lagu kebangsaan negara Macedonia dulu...heheh!

- Err...negara apo to? Tak pernah dengar pun...ishh! susah betul nak dapat duit raya.

Jumaat, September 04, 2009

Telur ajaib


Telur apakah di atas?
Maksud aku telur di sebelah syiling itu bukannya yang di dalam seluar kamu atau suami kamu atau teman lelaki kamu.

Siapa kata ayam jantan tak bertelur?


Itulah telur kepunyaan encik ayam katik. Sesiapa yang berminat nak beli, RM 1k negotiable, limited edition tau... heheh....

Khamis, Julai 30, 2009

yang kuat bersenggama












Kamu pernah makan daging arnab? Sedap juga macam rasa daging ayam hutan. Kamu pernah makan daging ayam hutan? Sedap juga macam rasa daging landak. Kamu pernah makan daging landak? Sedap juga macam rasa daging kanggaru. Kalau kamu tak pernah makan daging ayam hutan, landak, kanggaru, cukuplah dengan makan daging arnab.Ia mewakili semua rasa. Percayalah.

Kalau kamu minat nak buat pet, boleh beli dengan aku. Kalau kamu teringin nak makan, kamu belalah sampai baligh.

Jumaat, Julai 24, 2009

Pakcik depan aku tu pun makan nasi ayam

Aku makan nasi ayam lagi. Memang tiap kali pun aku akan order nasi ayam. Gila kentang putar sedapnya nasi ayam kat restoren ni. Nama restoren ni… nama restoren ni… gila kentang putar aku tak pernah ambik peduli apa nama restoren tu . Bukan penting pun, dah ter ‘set’ dalam otak kanan aku dan cam biasa aku pun order nasi ayam dengan air suam tiap kali pun. Ada banyak menu tapi nasi ayam juga yang menjadi idaman... memang gila kentang putar sedap macam… err… yang itu mungkin lagi sedap… eheh.

Tadi siang, aku singgah restoren itu… restoren yang aku tak tahu namanya, bukan penting pun. Macam biasa, aku tetap order nasi ayam+air suam’ yang macam biasa. Nasi ayam pun macam biasa tetap gila kentang putar sedap macam biasa juga.

Aku pendekkan cerita masa nak bayar,
Aku: Nasi ayam + air suam
Kak cik tu kira-kira-congak… . Dia jawab, RM **.20.

Aku pun hulur not merah (dalam hati) erk… lebih dua kupang pula. Biasa air suam, gratis.

Kak cik itu pun pulangkan RM **.80.

Aku ambil, ada 3 keping duit seringgit-seringgit dengan empat keping syiling dua puluh sen-diam-bubuh dalam poket-berjalan. Aku pandang muka Kak cik itu semula lepas dua kali langkah. Tiada senyuman pada muka Kak cik itu, pun tidak pula aku yang tersenyum.

Kak cik itu dah silap bagi baki duit, terlebih lapan puluh sen. Dan aku berada dalam keadaan sangat sedar masa kejadian. Biasanya kalau aku terlebih terima baki duit, aku akan pulang balik tapi Kak cik itu nak berkira sangat dengan duit dua puluh sen yang sebelum ini aku biasa tidak dikenakan bayaran untuk segelas air suam.

Pssttt... sebelum sebelum, aku bayar pada cashier lelaki tapi pertama kali kena dengan cashier perempuan. Di mana mana, kalau bayar dengan cashier perempuan mesti harga up sikit. Apa pasal?

Ahad, Julai 12, 2009

Akhirnya. Ya, akhirnya aku berjaya menaiktarikh blog ini. Bukan menaiktaraf. Itu cerita lain.

Tak sabar nak tunggu 20 September ni. Bukan raya tapi...adalah.


Sekadar muzik video hiasan

Rabu, Julai 01, 2009

Kisah suami isteri


Kamu nak tahu kisahnya? Dapatkan majalah Ujang di pasaran. Kamu akan kelihatan cool bila membacanya.

Ahad, Jun 28, 2009

Harimau yang ego


Aku: Oii... rimau, tengok le ke mari! Aku nak merakam gambo kamu ni.
Harimau: See my ball la.
Domo Arigato gozaimas'ta.