pengomplot

Jumaat, Julai 24, 2009

Pakcik depan aku tu pun makan nasi ayam

Aku makan nasi ayam lagi. Memang tiap kali pun aku akan order nasi ayam. Gila kentang putar sedapnya nasi ayam kat restoren ni. Nama restoren ni… nama restoren ni… gila kentang putar aku tak pernah ambik peduli apa nama restoren tu . Bukan penting pun, dah ter ‘set’ dalam otak kanan aku dan cam biasa aku pun order nasi ayam dengan air suam tiap kali pun. Ada banyak menu tapi nasi ayam juga yang menjadi idaman... memang gila kentang putar sedap macam… err… yang itu mungkin lagi sedap… eheh.

Tadi siang, aku singgah restoren itu… restoren yang aku tak tahu namanya, bukan penting pun. Macam biasa, aku tetap order nasi ayam+air suam’ yang macam biasa. Nasi ayam pun macam biasa tetap gila kentang putar sedap macam biasa juga.

Aku pendekkan cerita masa nak bayar,
Aku: Nasi ayam + air suam
Kak cik tu kira-kira-congak… . Dia jawab, RM **.20.

Aku pun hulur not merah (dalam hati) erk… lebih dua kupang pula. Biasa air suam, gratis.

Kak cik itu pun pulangkan RM **.80.

Aku ambil, ada 3 keping duit seringgit-seringgit dengan empat keping syiling dua puluh sen-diam-bubuh dalam poket-berjalan. Aku pandang muka Kak cik itu semula lepas dua kali langkah. Tiada senyuman pada muka Kak cik itu, pun tidak pula aku yang tersenyum.

Kak cik itu dah silap bagi baki duit, terlebih lapan puluh sen. Dan aku berada dalam keadaan sangat sedar masa kejadian. Biasanya kalau aku terlebih terima baki duit, aku akan pulang balik tapi Kak cik itu nak berkira sangat dengan duit dua puluh sen yang sebelum ini aku biasa tidak dikenakan bayaran untuk segelas air suam.

Pssttt... sebelum sebelum, aku bayar pada cashier lelaki tapi pertama kali kena dengan cashier perempuan. Di mana mana, kalau bayar dengan cashier perempuan mesti harga up sikit. Apa pasal?

7 ulasan:

Bihunsup berkata...

kenapa harga up yer? ok jawapannya di sini..
1. sebab ko tak hensem (rasa macam nak debik je uka ko tu.. kalau debik kang masuk penjara.... lebih baik naikkan rega.. takkan masuk jail)

2. sebab masa bagi duit baki mesti lelaki akan ambil kesempatan pegang tangan cashier... tu pasal cas lebih beb. kecuali dia pakai sarong tangan.. harga mesti biasa je.. ada ko jumpa cashier yang pakai sarung tanga?

3. sebab nak test laki ni berkira ke tak? lau berkira susahlah nak mintak hantaran tinggi-tinggi.

4. untuk menyedarkan diri anda.. ooo selama ni kedai tu tak cas air suam maka selama2nya ko minum air suam.. la ni hambekkk ko... dah la berjam2 lepak.. minum air suam jerk.. cuba try minum air kelapa ke??? ingat kedai ni welfare ke?

5. Sebab cashier tu dah tanak bersedekah lagi ngan ko.. selama ni bila bos dia masuk kira duit asik2 short 20 sen je.. so cashier yang kena topap tiap2 ari 20 sen.. kalau sebulan dah berapa ringgit beb.. lau setahun dah berapa pula.. lau 40 tahun lak ??? maka tiap2 tahun dia takde bonus disebabkan 20 sen ko tu.. huh!

Bijan berkata...

1. Tuhannnn..., ada orang kata muka aku tak hensem, maafkan lah dia.

2. Pegang tangan cashier... tak terpikir ke situ pula aku. Kamu ada berpikiran macam tu ke?

3. Aku tak minat kira kira, kalau tak sekarang mesti aku dah jadi kerani akaun.

4. Tak tahu pula aku air pun boleh kena cas, ingatkan bateri aje boleh.

5. Sebelum sebelum, aku bayar dengan cashier laki yang merangkap sebagai bos dia, tak penah kena caj pun.Ke,cashier perempuan ni nak kelepet dua posen aku? Kamu bayangkan tiap kali aku kena bayar dengan dia dua posen,kalau setahun dah berapa...kalau 40 tahun lak??? Kamu cuba kira?

Unknown berkata...

oitttt. aku dah meliwat eh lawat nih. apa benar ko keja imigresen? aku dngar dari seorang pegawai imigresen yg interviu aku utk jawatan pegawai imigresen.
apakan daya aku dah ada kerja melukis balik aku terpaksa tolak.
kalu tak aku mesti tgh kna siasat dng sprm

Bihunsup berkata...

hahahaha... ada je ko jawab ye.. kikiki...

Bijan berkata...

Tembakau- Itu klon aku. Ingat Michael Jackson je ke ada klon. Apa pun jangan lupa bawa CCTV jika disiasat.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum abg bijan,

Cashier pompuan suka up-kan harga pasal diorg nie skema & berpikiran singkat. Tau nak untung cepat jer.

chapping berkata...

setuju je ngn tukangkomputersekolah
selalu je kene...

Domo Arigato gozaimas'ta.